Pada tahun 1965, Bell Telephone Laboratories (Bell Labs, a division of
AT&T) berkerjasama dengan General Electric dan Project MAC of MIT untuk
menulis sebuah sistem operasi yang dipanggil Multic. Tidak lama kemudian,
menyedari projek itu tidak ke mana Bell Labs membuat keputusan untuk keluar
daripada kumpulan itu. Ini meninggalkan Bell Labs tanpa sebarang sistem
operasi.
Ken Thompson, Dennis Ritchie, Doug McIlroy, dan J. F. Ossanna kemudian
merangka sebuah sistem operasi yang sesuai dengan keperluan Bell Labs. Pada
tahun 1969, Dennis Ritchie dan Ken Thompson menulis semula sebuah permainan
komputer "SPACE TRAVEL" daripada GE-645 ke DEC PDP-11/20 dan UNIX pun
dilahirkan. Seorang penyelidik Bell Labs, Brian Kernighan, memberikan nama
sistem ini UNIX.
Untuk layak dipanggil sebagai sistem operasi yang sebenar, sesebuah sistem
operasi sekurang-kurangnya mempunyai dua kelayakan. Lebih daripada seorang
pengguna dapat menggunakan sistem operasi tersebut dalam satu masa dan ia mampu
menjalankan lebih daripada sebuah perisian pada waktu yang sama (multi-user dan
multi-tasking) sejak tahun 1970 UNIX telah memenuhi keperluan ini.
Dengan UNIX, setiap penggunanya mempunyai nama kemasukan (login name) mereka
sendiri dan sebaiknya setiap pengguna akan mempunyai kata lepas (password).
Dengan penggunaan nama kemasukan dan kata lepas, pengguna dapat dikenal pasti
sebagai apa yang mereka kenalkan diri mereka kepada sistem (login dan password).
Setiap komputer UNIX, pengguna yang memasuki sistem tersebut mempunyai
identitinya tersendiri. Sama ada
daripada nama komputer dan sekiranya ia disambungkan kepada rangkaian ia
akan mempunyai nombor IP dan nama domain.
Tahun yang paling penting bagi UNIX adalah pada tahun 1973, apabila UNIX
ditulis semula dalam bahasa C. Dengan bahasa ini, ia memudahkan UNIX dialihkan
kepada pelbagai jenis perkakasan komputer. Kini UNIX telah dijalankan dan
dibangunkan kepada hampir kesemua perkakasan komputer yang anda. Daripada
Intel, SPARC, Motorola, ARM dan pelbagai lagi.
Pelbagai vendor telah membeli kod asal UNIX dan kemudiannya membangunkan
UNIX sesuai dengan keperluan dan perkakas yang mereka keluarkan. IBM dengan
UNIX yang dipanggil AIX, HP dengan UNIX yang dipanggil HP-UX, SUN dengan UNIX
yang dipanggil Sun Solaris dan pelbagai lagi. Malang sekali tiada pemusatan
daripada segi pembangunan UNIX yang mengakibatkan terdapat pelbagai perbezaan
di antara UNIX yang dikeluarkan oleh pelbagai vendor. Sehinggalah tahun 1990,
apabila sebuah standard untuk UNIX dipersetujui. Pada tahun itu Standard IEEE
POSIX.1 diperkenalkan.
http://www.pasc.org/
Sekitar tahun 1975, Thompson telah membawa kod-kod UNIX ke Universiti
California di Berkeley dan menggalakkan pembangunan UNIX di unversiti itu,
http://daemonz.org/bugs/history.html.
Di sini lahirlah Unix BSD atau Berkely Software Distribution.
Pada masa ini sistem operasi UNIX mempunyai tiga keluarga yang besar, yang
berasaskan kod-kod UNIX keluarga Sistem V (kod-kod yang dibeli daripada
AT&T dan kemudiannya milik Unix System Laboratories) dan keluarga BSD
(kod-kod berasaskan UNIX yang dibangunkan daripada BSD). Keluarga UNIX yang
terakhir, yang kod-kod tiada kaitan dengan kod-kod asal UNIX adalah klon UNIX,
Linux. UNIX kini adalah tanda niaga milik The Open Group.
Kelemahan utama UNIX adalah ia kod-kodnya adalah besar (ia dijalankan di
dalam sistem-sistem mahal dan mempunyai sumber sistem yang tinggi) dan harganya
terlalu mahal. Di
sinilah Linux memainkan peranannya. Linux dibangunkan agar ia kecil, pantas
dan murah. Setakat ini pembina Linux masih mengekalkan konsep ini. Linux mampu
dijalankan dalam keadaan paling minimum seperti komputer Intel 286, 386 dan
486, komputer yang mungkin akan dibuang jika ia masih mahu menjalankan sistem
operasi berasaskan Windows. Sejarah Linux
http://www.li.org/linuxhistory.php
Linux (Sebutan "LINN-ooks") asalnya dibina oleh Linus Torvalds
daripada Universiti Helsinki di Finland. Linux diasaskan daripada UNIX untuk PC
yang dipanggil Minix. Oleh kerana Minix hanya dibina untuk tujuan pengajaran
sistem operasi dan kekurangan pelbagai perkara yang ada di dalam Unix, Linus
mengambil keputusan menulis semula sistem operasi itu dan ia dinamakan Linux.
Yang ditulis pada masa itu di atas komputer "Sinclair QL" dengan
memori hanya 4MB. Akhir tahun 1991 Linux diperkenalkan kepada umum dan Linus
telah menjadikan kod-kod Linux itu percuma dan menggalakkan penyebaran dan
pembangunan Linux oleh orang lain. Pembangunan Linux terus berkembang dengan
diketuai oleh Linus, oleh kumpulan pembangunan sistem Linux yang berada di
seluruh dunia melalui Internet.
Linux adalah klon UNIX (Bagi MS, ia adalah bagai cerita Star Wars Episode II
- "Attack Of The Clones"). Ia ditulis semula daripada asal dan asas
agar menyerupai UNIX dan mematuhi standard Unix POSIX. Tiada satu pun kod-kod
Linux diambil daripada kod asal Unix. Tiada pihak daripada Unix System
Laboratories dan Universiti California di Berkely yang terlibat dengan
pembangunan Linux. Linux adalah sistem operasi yang pertama dan satu-satunya
yang sedia mematuhi standard yang telah ditetapkan di bawah dokumen POSIX-1 dan
POSIX-2.
Linux dilesenkan dibawah hakcipta GNU General Public License (GPL) salah
satu jenis perlesenan dalam Sumber Terbuka. Lesen ini telah ditulis oleh oleh
Free Software Foundation (FSF),
http://www.opensource.org/
bertujuan untuk menghalang mana-mana individu atau syarikat daripada menghadkan
penyebaran kod-kod aplikasi.
Secara ringkasnya, walaupun anda boleh mengenakan bayaran kepada salinan
kod-kod yang anda serahkan kepada orang lain, namun anda tidak berhak untuk
menghalang orang yang telah anda telah jualkan atau serahkan kod-kod itu
daripada menjual atau menyerahkan kod-kod itu kepada orang lain walaupun secara
percuma atau dengan harga lain yang telah mereka telah tetapkan.
http://www.opensource.org/licenses/index.html
Ini juga bermaksud kod-kod asal perisian di bawah lesen ini boleh didapati
secara bebas tanpa halangan. Ini satu berita yang baik untuk pembangun
aplikasi, mereka boleh mengubah mana-mana aplikasi di bawah GPL dan masih boleh
menyebarkan kod-kod yang mereka ubah dan baiki dengan syarat kod-kod itu juga
perlu dilesen di bawah lesen yang sama.
Apa yang dibina oleh Linus hanyalah Kernel kepada Linux. Tanpa
perisian-perisian lain, sistem operasi Linux tidak lengkap. Kebanyakan
perisian, aplikasi dan utiliti di dalam distribusi Linux datang daripada FSF
dan projek GNU. Projek GNU
http://www.gnu.org/
adalah usaha untuk menulis sistem operasi mudah alih dan canggih yang
menyerupai UNIX. Mudah alih bermaksud ia boleh dijalankan dipelbagai jenis
sistem dan mesin bukan setakat Intel, Macintosh dan pelbagai lagi. Sistem
Operasi di dalam projek ini dipanggil Hurd. Perbezaan di antara Hurd dan Linux
bukan daripada segi antara muka tetapi daripada segi pembangunan. Hurd adalah
sistem operasi moden dan Linux pula banyak meminjam reka bentuknya daripada
Unix.
Aplikasi daripada projek ini tidak perlu ditulis semula untuk Linux. Dengan
kompiler C, GCC untuk Linux, maka perisian yang lain dengan mudah dibina semula
di dalam Linux tanpa perubahan yang besar.Tanpa GCC dan perpustakaan Linux C,
tidak mungkin perkara ini dilakukan. Penghargaan perlu diberikan kepada H. J.
Lu dan juga mereka yang terlibat dalam semua projek GNU dan Linux.