CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

background

Rabu, 26 Maret 2014

RESEPI PUDING ROTI KUKUS

         Cerita tertunggak hahaha... Pagi sabtu sebelum pergi kenduri rumah Busu Pah, sempat lah juga membuat Puding Roti Kukus... tengok roti ada 4 keping dan tarikh nak expire ada dua hari lagi... lalu saya pun cuba resipi yang diambil dari  Dapur Malaysia Com Puding Roti Kukus. Terima kasih resipi yang sedap ini...
Sedap dan simple saja resipinya tu yang sempat buat pagi tu...
Puding Roti Kukus ... siap di kukus

Dua pembantu yang rajin menolong kalau bab buat kuih ni :)

Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas 
dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair 
dan kacau adunan hingga sekata.

   Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

 Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.

  Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.


Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
1.       Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata.
2.       Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.
3.       Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis.
4.       Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan

Petang dalam pukul 4, en suami telefon dia ada rumah mak ngah, lalu di suruh kami datang kerumah mak ngah kerana mak andak, mak tam, mak cik, pak uda dan pak cik ada disana. Saya pun bawa lah puding yang kami buat pagi tadi kerumah mak ngah, boleh makan ramai-ramai.. dapat juga saya jumpa mereka sebab tak sempat jumpa di rumah kenduri...

Bila saya bawa mangkuk puding tu sempat la mak andak bertanya "Kamu bawa apa yati?"..

"Bawa puding roti mak andak", jawap saya..

"Tahu jer kau mak andak nak datang, sempat kau masak puding ni, letak sini biar mak andak potong", kata mak andak. Masa tu mak andak dan yang lain tengah menikmati rojak mamak  dan cendul mamak Karim..

Bila mak angah tengok puding roti tu, mak angah pun tanya "Bila lak kau masak puding yati?", 

"Pagi tadi mak angah, sebelum pegi rumah Busu Pah", jawap saya...

Semua kata sedap puding roti ni... pastu boleh request daripada zaza suruh buat puding roti berkuah... nantilah kalau ada masa saya buatkan. Seronokan bila makan ramai-ramai ^__^

Tidak ada komentar :

Posting Komentar